1) Terdapat lima jenis utama lesen memandu di Malaysia iaitu :-
- Lesen Memandu Pelajar (LDL)
- Lesen Memandu Percubaan (PDL)
- Lesen Memandu Kompeten (CDL)
- Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial
- Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
2) Kelas Lesen Memandu :
A – Kenderaan orang cacat
B – Motosikal melebihi 500 cc (Bagi calon yang berumur 17 tahun dan ke atas)
B1 – Motosikal tidak melebihi 500 cc
B2 – Motosikal tidak melebihi 250 cc (Bagi calon yang berumur 16 tahun dan ke atas)
C – Motosikal roda tiga
D –Motokar BTM Tidak Melebihi 3500kg
(Bagi calon yang berumur 17 tahun dan ke atas)
(Bagi calon yang berumur 17 tahun dan ke atas)
E – Motokar berat(lori) dengan BTM melebihi 7500 kg
(Bagi calon yang berumur 21 tahun dan ke atas)
(Bagi calon yang berumur 21 tahun dan ke atas)
E1 – Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
E2 – Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
F – Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
G – Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
H – Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
I – Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg
Lesen Memandu Vokasional :
GDL ( Goods Driving License ) – Lesen Memandu Kenderaan Yang Membawa Muatan Barang-Barang
PSV ( Public Service Vehicle ) – Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam
Had Kelayakan Umur Untuk Mendapatkan Lesen Memandu :
B – Berumur 17 tahun dan keatas
B2 – Berumur 16 tahun dan keatas
D – Berumur 17 tahun dan keatas
E – Berumur 21 tahun dan keatas
– Memiliki lesen kelas D kompeten selama 1 tahun
GDL – Berumur 21 tahun dan keatas
– Memiliki lesen sekurang-kurangnya kelas D kompeten
PSV – Berumur 21 tahun dan keatas
– Memiliki lesen sekurang-kurangnya kelas D kompeten
Etika Pemakaian Yang Seharusnya Di Patuhi Oleh Bakal Calon Pemandu Di I.D.I. :
Untuk Calon Lelaki:-
* Baju hendaklah berkolar dan berlengan
* Seluar panjang
* Kasut Bertutup (Sandal tidak dibenarkan)
* Pakaian Mestilah Kemas
* Dilarang memakai topi
Untuk Calon Perempuan:-
* Berpakaian kemas (Tidak menjolok mata)
* Berlengan dan tidak terlalu singkat
* Kasut Bertutup (Sandal tidak dibenarkan)
* Kain/ Skirt Mestilah menutupi paras lutut atau seluar mesti panjang
Semua calon yang terlibat HARUS mematuhi etika pemakaian seperti di atas. Terima Kasih.